
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Sindiket Pelacuran Dijangka Giat Beroperasi Cara Maya Pengarah Jsj
Kuala Lumpur, 8 Januari 2022 - Bukit Aman menjangkakan sindiket pelacuran akan menggiatkan operasi mereka secara maya selain menggunakan pendekatan bergerak be...
Kuala Lumpur, 8 Januari 2022 - Bukit Aman menjangkakan sindiket pelacuran akan menggiatkan operasi mereka secara maya selain menggunakan pendekatan bergerak berbanding menyewa premis untuk kegiatan persundalan itu.
Untuk rekod, sejak negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan pergerakan rentetan penularan COVID-19, sindiket dikesan beralih arah menggunakan kaedah bergerak iaitu menghantar wanita ke lokasi tertentu seperti hotel atau lokasi pilihan pelanggan dan mempromosikannya di media sosial.
Mengakui perubahan modus operandi itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, trend berkenaan dijangkakan berterusan pada tahun mendatang.
"Walaupun dalam tempoh pandemik dengan pergerakan yang terhad, kegiatan pelacuran masih ada lagi dijalankan. Jika melihat situasi ini, kita ingatkan kegiatan itu mati dalam tempoh ini tetapi ia masih lagi hidup.
"Cara kegiatan itu dijalankan kini berlainan. Pada waktu dulu, sindiket pelacuran menyediakan tempat tetapi kini kegiatan itu dilakukan secara mobil dengan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.
"Berdasarkan rekod tahun lalu, sindiket terbabit dilihat banyak menggunakan kaedah mempromosikan kegiatan itu serta berkomunikasi dengan pelanggan secara maya melalui media sosial seperti WeChat dan WhatsApp," katanya dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro di Bukit Aman, baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.