Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Sindiket Pelacuran Dijangka Giat Beroperasi Cara Maya Pengarah Jsj

Published: 08 Jan 2022 11.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Januari 2022 - Bukit Aman menjangkakan sindiket pelacuran akan menggiatkan operasi mereka secara maya selain menggunakan pendekatan bergerak berbanding menyewa premis untuk kegiatan persundalan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-sindiket-pelacuran-dijangka-giat-beroperasi-cara-maya-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:09 MYT
Kuala Lumpur, 8 Januari 2022 - Bukit Aman menjangkakan sindiket pelacuran akan menggiatkan operasi mereka secara maya selain menggunakan pendekatan bergerak berbanding menyewa premis untuk kegiatan persundalan itu.

Untuk rekod, sejak negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan yang membataskan pergerakan rentetan penularan COVID-19, sindiket dikesan beralih arah menggunakan kaedah bergerak iaitu menghantar wanita ke lokasi tertentu seperti hotel atau lokasi pilihan pelanggan dan mempromosikannya di media sosial.

Mengakui perubahan modus operandi itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, trend berkenaan dijangkakan berterusan pada tahun mendatang.

"Walaupun dalam tempoh pandemik dengan pergerakan yang terhad, kegiatan pelacuran masih ada lagi dijalankan. Jika melihat situasi ini, kita ingatkan kegiatan itu mati dalam tempoh ini tetapi ia masih lagi hidup.

"Cara kegiatan itu dijalankan kini berlainan. Pada waktu dulu, sindiket pelacuran menyediakan tempat tetapi kini kegiatan itu dilakukan secara mobil dengan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.

"Berdasarkan rekod tahun lalu, sindiket terbabit dilihat banyak menggunakan kaedah mempromosikan kegiatan itu serta berkomunikasi dengan pelanggan secara maya melalui media sosial seperti WeChat dan WhatsApp," katanya dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro di Bukit Aman, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'MODUS OPERANDI MAKSIAT Pelanggan Sindiket beroperasi cara maya Kuala Lumpur: Bukit Aman tempoh tetapi tauan
ArticlePublished 08 Jan 2022 11.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM