Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Panas Baran Dan Dadah Punca Kes Kes Dera Terus Berlaku

Diterbitkan: 02 May 2023 6.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 2 Mei 2023 - Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal selain berada di bawah pengaruh dadah antara punca kes penderaan kanak-kanak, dengan ibu kandung menjadi pelaku tertinggi bagi tempoh lima tahun sejak 2018 hingga tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-panas-baran-dan-dadah-punca-kes-kes-dera-terus-berlaku
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:29 MYT
Petaling Jaya, 2 Mei 2023 - Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal selain berada di bawah pengaruh dadah antara punca kes penderaan kanak-kanak, dengan ibu kandung menjadi pelaku tertinggi bagi tempoh lima tahun sejak 2018 hingga tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, keadaan itu berlaku akibat faktor kewangan yang dihadapi suspek sebelum menjadikan kanak-kanak itu sebagai mangsa melepaskan geram.

Jelasnya, kurang ilmu hidup dan keibubapaan akibat perkahwinan serta kehamilan yang tidak dirancang menyumbang kepada perlakuan dera.

“Ada kes yang dilaporkan, pelaku belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga kanak-kanak tersebut di samping menghadapi pelbagai masalah lain seperti kewangan sehingga gagal mengawal emosi dan baran.

“Antara sebab lain adalah sikap ambil mudah dalam aspek penjagaan dan keselamatan kanak-kanak tanpa menjangkakan bahaya kepada kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.
 
May be an image of slow loris and text
 
ArtikelDiterbitkan 02 May 2023 6.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM