Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Cerita Lucah Di Tempat Awam Boleh Didakwa

Published: 23 Oct 2021 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 23 Oktober 2021 - Jangan bercerita lucah di tempat awam kerana anda boleh didakwa di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-cerita-lucah-di-tempat-awam-boleh-didakwa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Petaling Jaya, 23 Oktober 2021 - Jangan bercerita lucah di tempat awam kerana anda boleh didakwa di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Memberitahu kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, orang ramai tidak boleh sewenangnya bercakap atau melakukan perbuatan lucah sehingga boleh mendatangkan kegusaran terhadap orang lain.

Katanya, kesalahan itu termasuk melalui lagu lucah atau perbuatan seperti mencerita, menyanyi atau menyebut apa-apa lagu atau cerita serta perkataan-perkataan lucah di tempat awam.

"Ini juga termasuk di televisyen, radio atau medium yang boleh dianggap menyalahgunakan kemudahan rangkaian sehingga menyebabkan kegusaran terhadap orang lain.

"Itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar beliau, pihaknya boleh menyiasat individu yang didapati menunjukkan, menjual, mengedar atau mengiklankan gambar, lukisan atau apa-apa jenis bahan lucah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 23 Oct 2021 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM