Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Cadang Pegawai Forensik Pdrm Ke Pangkat Lebih Tinggi

Published: 10 Sep 2025 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 September 2025 - Kepakaran pegawai forensik di Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan siasatan jenayah yang semakin kompleks.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cadang-pegawai-forensik-pdrm-ke-pangkat-lebih-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT
Kuala Lumpur, 10 September 2025 - Kepakaran pegawai forensik di Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan siasatan jenayah yang semakin kompleks.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bidang forensik memerlukan kepakaran khusus dan tidak semua anggota polis boleh ditempatkan dalam unit berkenaan kerana menuntut minat serta kemahiran tertentu.

Menurutnya, cabaran utama kini adalah ruang kenaikan pangkat yang terhad menyebabkan ramai pakar berpotensi keluar daripada bidang tersebut kerana kerjaya mereka seolah-olah terhenti di satu tahap.

“Bagi mengekalkan kepakaran sedia ada, kita telah bawa perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri supaya diwujudkan jawatan khusus (flexi post) bagi membolehkan pegawai forensik kekal berkhidmat dalam bidang itu dari peringkat Inspektor sehingga ke pangkat lebih tinggi.

“Langkah ini penting kerana bukan semua polis boleh ditempatkan di unit forensik, sebaliknya hanya mereka yang benar-benar mempunyai kepakaran dan minat,” katanya pada sidang akhbar di Maktab PDRM, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 10 Sep 2025 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM