Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Budak Autisme Capai Impian Naik Kereta Polis

Published: 24 Jul 2026 6.15 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Putrajaya, 24 Julai 2026 - "Setiap kali kami nampak kereta polis atau motosikal peronda, kami akan kejar."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-budak-autisme-capai-impian-naik-kereta-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:35 MYT
Putrajaya, 24 Julai 2026 - "Setiap kali kami nampak kereta polis atau motosikal peronda, kami akan kejar."

Demikian kata Fatin Nabila Mohd. Amin, 30, ibu kanak-kanak autisme Tahap 3, Muhammad Firdaus Al Fattah Faris Izuddin, 8, ketika menceritakan minat luar biasa anaknya terhadap Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, minat itu mula disedari ketika Firdaus berusia enam tahun selepas sering melihat kereta peronda membuat rondaan di kawasan kediaman mereka di Seksyen 32, Shah Alam.

Katanya, pada mulanya dia dan suami tidak memahami mengapa Firdaus akan menangis setiap kali kenderaan polis hilang daripada pandangan kerana ketika itu anaknya masih belum pandai bercakap.

"Suami saya cakap mungkin kami kena bawa dia dekat polis. Sejak itu, setiap kali jumpa polis kami akan kejar, sama ada kereta peronda atau motosikal polis, asalkan dia dapat tengok.

"Kalau anggota polis lambai dari jauh pun dia sudah gembira, tetapi yang paling dia suka ialah dapat bersalam dengan mereka," katanya ketika ditemui selepas Program Lawatan Khas Kanak-Kanak Autisme ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 24 Jul 2026 6.15 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM