Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Budak 10 Tahun Antara 74 Ditahan

Published: 28 Sep 2021 1.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 28 September 2021 - Seramai 74 individu berusia 10 hingga 28 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi di bandar ini, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-budak-10-tahun-antara-74-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:59 MYT
Kuantan, 28 September 2021 - Seramai 74 individu berusia 10 hingga 28 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi di bandar ini, malam kelmarin.

Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi dilakukan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Menurutnya, mereka ditahan terdiri daripada 61 lelaki dan 13 wanita, berusia 10 hingga 28 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk mengubah suai motosikal.

Katanya, dalam operasi kali ini pihaknya menahan 50 motosikal yang diubah suai seperti menggunakan tayar kecil dan tiada nombor pendaftaran.

"Daripada jumlah itu, 20 motosikal disita kerana tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan selain turut mengeluarkan 117 saman.

"Selain itu, tiga kes direkodkan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya," katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of sitting and text
ArticlePublished 28 Sep 2021 1.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM