Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Buat Lagak Bahaya Untuk Media Sosial

Published: 20 Apr 2022 2.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan M Kumarasan berkata, 42 individu berusia 14 hingga 53 tahun turut ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-buat-lagak-bahaya-untuk-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:32 MYT
Johor Bahru, 20 April 2022 - Sebanyak 2,350 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di negeri ini bermula 9 April lalu hingga kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan M Kumarasan berkata, 42 individu berusia 14 hingga 53 tahun turut ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dalam operasi khas itu, 12,815 individu dan 10,035 kenderaan diperiksa dengan 3,723 daripadanya adalah motosikal.

"Manakala 208 kenderaan diambil tindakan sita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Operasi khas ini diadakan bagi menangani isu mat rempit," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Jelas Superintendan M Kumarasan, golongan mat rempit bangga apabila melakukan aksi seperti lumba haram, wheelie, superman dan lain-lain aksi yang jelas membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain untuk dimuat naik di media sosial.

"Budaya ini menjadi trend semasa dalam kalangan mereka malah tidak serik walaupun beberapa kali terbabit kemalangan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas kesalahan sama," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, motorcycle and text
ArticlePublished 20 Apr 2022 2.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM