Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Bot Karam Pdrm Interpol Bekerjasama Kesan Sindiket

Diterbitkan: 17 Nov 2025 9.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.06 PM
Alor Setar, 17 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama rapat dengan International Criminal Police Organization (INTERPOL) serta pihak berkuasa Thailand bagi memburu rangkaian sindiket penyeludupan rentas negara yang dipercayai menjadi dalang tragedi bot karam di perairan Langkawi minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bot-karam-pdrm-interpol-bekerjasama-kesan-sindiket
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:09 MYT

Alor Setar, 17 November 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama rapat dengan International Criminal Police Organization (INTERPOL) serta pihak berkuasa Thailand bagi memburu rangkaian sindiket penyeludupan rentas negara yang dipercayai menjadi dalang tragedi bot karam di perairan Langkawi minggu lalu.

Tragedi itu meragut hampir 40 nyawa pendatang asing tanpa izin setakat ini, termasuk tiga kanak-kanak, manakala puluhan lagi dilaporkan masih hilang.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan beroperasi secara terancang melibatkan beberapa negara di rantau ini.

Menurutnya, unit khas di bawah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini sedang berkoordinasi dengan pasukan penyiasat polis ASEAN untuk berkongsi risikan dan mengenal pasti suspek.

“Kita ada unit khas di bawah Bahagian D3 JSJ. Risikan akan dikongsi dengan Interpol dan rangkaian polis ASEAN bagi mengenal pasti dalang sebenar,” katanya semasa ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2025 9.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.06 PM