Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Bersihkan Ppr Daripada Jolokan Sarang Jenayah

Diterbitkan: 02 Jul 2023 4.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.23 PM
Kuala Lumpur, 2 Julai 2023 - Tindakan pembanterasan jenayah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak seharusnya diletakkan di bahu pihak polis sahaja, sebaliknya ia memerlukan perhatian semua agensi kerajaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bersihkan-ppr-daripada-jolokan-sarang-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT
Kuala Lumpur, 2 Julai 2023 - Tindakan pembanterasan jenayah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak seharusnya diletakkan di bahu pihak polis sahaja, sebaliknya ia memerlukan perhatian semua agensi kerajaan.
Menegaskan perkara itu kepada Mingguan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ini kerana di kawasan PPR masih terdapat kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan daripada semua pihak.
Kata beliau, kebanyakan penghuni yang tinggal di perumahan tersebut terdiri daripada mereka yang tenat daripada segi ekonomi, seterusnya menjadi punca penglibatan mereka dalam masalah sosial.
“Cadangan saya kepada semua Ketua Jabatan Jenayah (JSJ) di setiap daerah di Kuala Lumpur adalah mahu membersihkan kawasan-kawasan PPR ini daripada elemen jenayah. Ini baru perancangan saya dan tidak bermaksud saya akan lakukan perkara ini dalam masa terdekat ini kerana kita perlu melihat implikasi-implikasi sosioekonomi daripada tindakan ini.
“Kita akan buat operasi bersepadu dengan pelbagai agensi supaya bersama-sama melihat dan membantu masyarakat di lapangan. Sebagai contoh, mungkin kita boleh libatkan agensi yang jarang terlibat dengan pihak kami sebelum ini seperti Jabatan Pendidikan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
 
 
ArtikelDiterbitkan 02 Jul 2023 4.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.23 PM