
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Bengkel Dikesan Guna Buruh Warga Asing Berusia 13 Tahun
Puchong, 14 Jun 2024 - Sebuah bengkel membaiki kenderaan mewah di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, dikesan menggunakan buruh asing bawah umur seawal...
Puchong, 14 Jun 2024 - Sebuah bengkel membaiki kenderaan mewah di Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, dikesan menggunakan buruh asing bawah umur seawal usia 13 tahun.
Remaja lelaki berusia 13 tahun itu adalah antara lima buruh asing ‘muda' yang berjaya diselamatkan anggota polis Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi operasi Op Pintas Mega di sini, semalam.
Difahamkan,remaja bertubuh kecil itu dikerah bekerja sembilan jam sehari dan selama enam hari seminggu.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, PDRM berjaya menyelamatkan lima mangsa membabitkan remaja lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun.
“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu.
“Semasa serbuan dibuat, semua pekerja dan mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaikpulih dan memasang alat ganti kenderaan,” katanya hari ini.
Menurutnya, 22 pekerja lelaki kesemuanya warga Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.