Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tidak Berkompromi Kesalahan Khianat Tanpa Sebab Sah Di Sisi Undang Undang Kpn

Diterbitkan: 14 Jun 2024 2.41 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.09 PM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tidak-berkompromi-kesalahan-khianat-tanpa-sebab-sah-di-sisi-undang-undang-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:43 MYT
Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 - Sebanyak 14 laporan polis diterima dan 10 kertas siasatan dibuka membabitkan perbuatan vandalisme ke atas restoran makanan segera bagi tempoh 2023 hingga 5 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, enam kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat, dan dua kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Menurutnya ia membabitkan kenyataan yang disengajakan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan kenyataan yang mengaibkan.

“Satu kes dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu ugutan jenayah dan kenyataan yang mengaibkan serta satu kes mengikut Seksyen 5O5(b) Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu kenyataan mendatangkan khianat awam dan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 14 Jun 2024 2.41 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.09 PM