Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Belanjawan Penting Atasi Covid 19 Makmur Negara

Published: 26 Nov 2020 6.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 November 2020 - Belanjawan 2021 dengan cadangan peruntukan RM322.5 bilion disifatkan sangat penting bagi menangani ancaman COVID-19 dan memperkasakan sektor pertahanan serta ketenteraman awam negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-belanjawan-penting-atasi-covid-19-makmur-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT

#PKPP #COVID-19 #Bajet2021

Kuala Lumpur, 26 November 2020 - Belanjawan 2021 dengan cadangan peruntukan RM322.5 bilion disifatkan sangat penting bagi menangani ancaman COVID-19 dan memperkasakan sektor pertahanan serta ketenteraman awam negara.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador meletakkan kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat agar Belanjawan 2021 dapat diluluskan dan berharap pemimpin politik memainkan peranan masing-masing dengan penuh kematangan dan rasa bertanggungjawab.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa fokus dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, di samping melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, ketika ini keadaan keselamatan terkawal dan pihaknya sentiasa membuat pemantauan sebarang aktiviti di seluruh negara selain membantu dalam penguatkuasaan bagi membendung penularan COVID-19.

PDRM mengiktiraf agihan daripada peruntukan berjumlah RM17 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, selain menjamin kesejahteraan, kemakmuran serta keselamatan negara.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 26 Nov 2020 6.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM