
Article
Keratan Akhbar Pilihan Bekas Ketua Polis Perak Kini Peguam
Bekas Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Prosiding pe...
Ipoh, 1 April 2023 - Bekas Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Prosiding penerimaan masuk Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang telah berkhidmat selama 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Ketika ditemui, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash yang ditemani isteri, Datin Nor Qhadijah Abdul Wahab berkata, gabungan pengalaman dalam Pasukan polis dan pengetahuan undang-undang akan membantunya menjalankan tanggungjawab baharu itu dengan lebih baik.