Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Bekas Ketua Polis Perak Kini Peguam

Diterbitkan: 01 Apr 2023 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bekas Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Prosiding penerimaan masuk Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang telah berkhidmat selama 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed. Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri Perak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bekas-ketua-polis-perak-kini-peguam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:08 MYT
Ipoh, 1 April 2023 - Bekas Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Prosiding penerimaan masuk Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang telah berkhidmat selama 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed.
Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Negeri Perak.

Ketika ditemui, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash yang ditemani isteri, Datin Nor Qhadijah Abdul Wahab berkata, gabungan pengalaman dalam Pasukan polis dan pengetahuan undang-undang akan membantunya menjalankan tanggungjawab baharu itu dengan lebih baik.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2023 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM