Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Bayar Rm2 000 Ceroboh Malaysia

Diterbitkan: 07 Oct 2023 7.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Mahu cari kerja, hendak pulang beraya dan lawat keluarga menjadi alasan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) hingga sanggup membayar sehingga RM2,000 kepada sindiket untuk masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan laut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-bayar-rm2-000-ceroboh-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:36 MYT
Mahu cari kerja, hendak pulang beraya dan lawat keluarga menjadi alasan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) hingga sanggup membayar sehingga RM2,000 kepada sindiket untuk masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan laut.

PATI itu juga sanggup bersesak di dalam bot yang bermuatan kecil hingga berhari-hari biarpun tanpa bekalan makanan.

Mereka rela berdepan ombak laut yang kuat selain kondisi bot kayu yang berisiko untuk karam.

Selepas pembayaran dibuat kepada ejen sindiket, mereka akan diuruskan oleh tekong laut hingga ke pesisiran pantai Malaysia mengikut lokasi yang ditetapkan serta dipantau oleh tonto.

Tekong darat akan menguruskan PATI yang tiba dan dibawa ke rumah penampungan (rumah transit) untuk sementara waktu sebelum diuruskan oleh rangkaian sindiket termasuklah transporter.

Itu modus operandi sindiket yang dikenal pasti Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil penahanan sindiket Geng Husin Maungdaw, Geng Halim dan Geng Otong.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, modus operandi kemasukan PATI itu akan diuruskan oleh ejen sindiket di Indonesia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

May be an image of 1 person and text


May be an image of 2 people, segway, golf buggy and text that says 'Sebuah premis yang poabur rumah penampur berjaya polis. sekitar Selangor yang pekerjaan
ArtikelDiterbitkan 07 Oct 2023 7.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM