Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Polis Selamatkan Pemandu Dalam Kereta Terapung Dalam Banjir

Diterbitkan: 07 Oct 2023 4.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2023 - Tindakan pantas tiga anggota polis berjaya menyelamatkan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang hampir tenggelam susulan banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-polis-selamatkan-pemandu-dalam-kereta-terapung-dalam-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:35 MYT
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2023 - Tindakan pantas tiga anggota polis berjaya menyelamatkan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang hampir tenggelam susulan banjir kilat di terowong Jalan Chan Sow Lin, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tiga anggota berkenaan sedang bertugas mengawal lalu lintas susulan beberapa laluan di sekitar ibu negara ditenggelami air berikutan hujan lebat.

Ketika bertugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu terlihat sebuah MPV Nissan X-Trail dalam keadaan terapung di lokasi kejadian dengan pemandunya masih di dalam kenderaan.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, melihat keadaan itu, salah seorang anggota lantas terjun ke dalam air bagi menyelamatkan mangsa.

"Air naik kira-kira jam 6 petang tadi di kawasan Jalan Chan Sow Lin menghala ke Jalan Pudu menyebabkan kenderaan dipandu seorang lelaki tenggelam.

"Tiga anggota berkenaan Koperal Syed Syafiq Syed Halim, Lans Koperal Muhammad Afizul Ismail dan Lans Koperal Shahrip Kamaruzaman bertindak pantas menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: JSPT KL dan BERNAMA

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Polis Selamatkan Pemandu Dalam Kereta Terapung Dalam Banjir
ArtikelDiterbitkan 07 Oct 2023 4.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM