Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Batman Rela Ditembak Demi Selamatkan Saya

Published: 12 Sep 2020 4.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Biarpun sudah 42 tahun berlalu, kenangan diserang hendap oleh pengganas komunis dalam Op Tapah, tidak pernah terpadam daripada benak fikiran bekas pegawai unit F Team Polis Diraja Malaysia (PDRM), DSP (Bersara) Kamarudin Hashim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-batman-rela-ditembak-demi-selamatkan-saya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:28 MYT
Melihat rakan sepasukan gugur di medan perang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.

Biarpun sudah 42 tahun berlalu, kenangan diserang hendap oleh pengganas komunis dalam Op Tapah, tidak pernah terpadam daripada benak fikiran bekas pegawai unit F Team Polis Diraja Malaysia (PDRM), DSP (Bersara) Kamarudin Hashim.

DSP (B) Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Kenny berkata, beliau melihat rakan sepasukannya terbunuh dalam serangan di kawasan hutan sekitar Tapah, Perak.

“Dalam Op Tapah telah berlaku peristiwa menyedihkan kerana itulah pertama kali F Team kehilangan ahlinya ketika menjalankan operasi,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya, individu yang terkorban itu dikenali sebagai Ah Hon atau lebih mesra dengan panggilan ‘Batman’ dalam kalangan F Team.

Mendiang yang ketika itu baru berusia 27 tahun merupakan bekas anggota komunis yang telah diambil berkhidmat untuk bersama pasukannya.

Menceritakan tentang akrabnya bekas anggota komunis itu dengan pasukannya, Kenny berkata, ‘Batman’ dianggap seperti saudara kerana beliau bersungguh mahu membantu kami menghapuskan komunis.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/article/100736/EDISI/Selangor-KL/Batman-rela-ditembak-demi-saya

Sumber: Sinar Harian

Keratan Akhbar Pilihan Batman Rela Ditembak Demi Selamatkan Saya
 
 
 
 
ArticlePublished 12 Sep 2020 4.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM