Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Batalion 8 Pga Rampas 1 000 Kg Beras Seludup Rm14 Ribu

Diterbitkan: 13 Sep 2024 3.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-batalion-8-pga-rampas-1-000-kg-beras-seludup-rm14-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:25 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: BATALION 8 PGA RAMPAS 1,000 KG BERAS SELUDUP RM14 RIBU

Kota Bharu, 13 September 2024 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,000 kilogram (kg) beras bernilai RM14,260 dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan di Jeram Perdah, Pasir Mas, kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah kereta dipandu seorang suspek dalam keadaan mencurigakan pada 10 pagi.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak keluar dari kenderaannya dan melarikan diri ke dalam semak berdekatan.

“Kita percaya suspek sebahagian ahli sindiket penyeludupan beras dan bertindak sebagai penghantar barangan itu ke lokasi itu,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2024 3.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM