
Article
Keratan Akhbar Pilihan Batalion 5 Pga Rampas Mercun Terbesar Setakat Ini Dengan Nilai Lebih Setengah Juta Ringgit
Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, kejayaan tersebut adalah susulan dua serbuan berasin...
Johor Bahru, 20 April 2022 - Empat Ielaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan dalam rampasan terbesar pelbagai jenis mercun di negeri ini kelmarin yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, kejayaan tersebut adalah susulan dua serbuan berasingan di Taman Pertama Indah, Sungai Abong Muar dan di Taman Bukit Kempas di sini, pada 11.00 pagi dan 6.00 petang kelmarin.
Katanya, susulan itu pihaknya berjaya memutuskan satu kegiatan pengedaran dan penjualan mercun di sekitar kawasan Muar dan Kempas.
"Ini adalah rampasan mercun terbesar setakat ini dan bekalan berkenaan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di negara ini bagi sambutan Aidilfitri.
"Kami menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 077557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.