Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Barang Kes Op Daulat Jadi Bahan Sejarah

Diterbitkan: 17 Jan 2023 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lahad Datu, 17 Januari 2023 - Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada tahun 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-barang-kes-op-daulat-jadi-bahan-sejarah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:54 MYT
Lahad Datu, 17 Januari 2023 - Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada tahun 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abdul Jalil Hassan berkata, barang kes itu termasuk 56 pelbagai jenis senjata api dan peluru, 48 bilah pisau dan parang, 95 item dokumen merangkumi pengenalan diri, risalah dan surat serta 110 item lain.

“Sebelum ini Jabatan Siasatan Jenayah menerusi Jabatan Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan agar semua rampasan eksibit dan barang kes Op Daulat diserahkan kepada PDRM untuk simpanan bahan sejarah.

“Keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan bersidang pada 15 Januari 2018 membenarkan permohonan itu yang melibatkan 812 ekshibit dan barang kes Op Daulat, iaitu 329 barang kes seperti pakaian, alat perhubungan dan spesimen dilupuskan secara kekal manakala 438 barang kes disimpan di Muzium PDRM Sabah," katanya kepada pemberita selepas pelupusan dan penyerahan barang kes itu di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 10 people and text that says 'Sebanyak 438 barang kes Op Daulat milik pengganas diserah kepada Muzium PDRM Sabah LAHAD DATU Barang kes O
ArtikelDiterbitkan 17 Jan 2023 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM