Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Bapa Pelaku Tertinggi Sumbang Mahram
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan,...
Kuala Lumpur, 16 Januari 2021 - Bapa kandung adalah pelaku tertinggi kejadian sumbang mahram yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 2018 dengan 225 kes.
Dalam tempoh sama, bapa tiri mencatatkan sebanyak 188 kes, diikuti bapa saudara 159 kes dan abang kandung, 90 kes.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan, ekonomi keluarga tidak stabil, ditambah dengan keadaan rumah sempit menjadi antara punca utama berlaku kejadian jelik tersebut.
"Rumah kumpulan sederhana terutama tidak ada bilik mencukupi tetapi ahli keluarga ramai biasanya akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan yang akhirnya menyumbang ke arah berlaku sumbang mahram," kata beliau ketika diwawancara secara dalam talian.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.
Sumber: Utusan Malaysia
