
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Bapa Kandung Pendera Utama
Petaling Jaya, 8 Mei 2022 - Percaya atau tidak, sebanyak 70 peratus daripada 1,798 kes penderaan yang diterima Polis Diraja Malaysia di seluruh negara dalam te...
Petaling Jaya, 8 Mei 2022 - Percaya atau tidak, sebanyak 70 peratus daripada 1,798 kes penderaan yang diterima Polis Diraja Malaysia di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini pelakunya melibatkan ahli keluarga kanak-kanak itu sendiri.
Daripada angka dilaporkan, 1,306 kes adalah ahli keluarga melibatkan 2,114 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi akibat sikap panas baran serta tidak sabar. Lebih mengejutkan, bapa kandung adalah suspek tertinggi mendera mangsa iaitu 511 orang diikuti ibu kandung (470 orang), bapa tiri (119 orang), ibu tiri (47 orang) dan bapa atau ibu angkat (35 orang).
Ibu dan bapa saudara turut direkodkan antara pelaku yang dikesan iaitu 91 orang diikuti nenek (18 orang), datuk (10 orang), datuk saudara (tiga orang) dan nenek saudara (seorang). Mendedahkan perkara itu kepada Mingguan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 50 peratus pelakunya adalah ibu bapa kanak-kanak itu sendiri manakala 20 peratus adalah ahli keluarga yang mempunyai pertalian dengan mangsa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.