Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Banjir Pantai Timur Angka Mangsa Banjir Hampiri 10 000 Orang

Published: 22 Dec 2020 6.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 21 Disember 2020 - Mangsa banjir di Pantai Timur terus meningkat menghampiri angka 10,000 orang melibatkan 2,439 buah keluarga setakat pukul 8 malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-banjir-pantai-timur-angka-mangsa-banjir-hampiri-10-000-orang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT
Petaling Jaya, 21 Disember 2020 - Mangsa banjir di Pantai Timur terus meningkat menghampiri angka 10,000 orang melibatkan 2,439 buah keluarga setakat pukul 8 malam tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 8,189 mangsa yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah di Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

Negeri Kelantan sahaja merekodkan seramai 1,357 mangsa banjir yang melibatkan sebanyak 482 keluarga di daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Manakala di Pahang pula, sebanyak dua PPS dibuka bagi menempatkan seramai 38 mangsa daripada enam buah keluarga di daerah Kuantan dan Jerantut.

Jumlah kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di tiga negeri tersebut adalah seramai 9,584 orang.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: 

ArticlePublished 22 Dec 2020 6.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM