Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Banglo Scammer Diserbu 21 Warga China Ditahan 20260716

Published: 16 Jul 2026 8.09 AM Updated: 15 Aug 2026 6.41 PM
Melaka, 16 Julai 2026 - Polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Ayer Keroh yang dijadikan 'sarang' kegiatan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-banglo-scammer-diserbu-21-warga-china-ditahan-20260716
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT
Melaka, 16 Julai 2026 - Polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Ayer Keroh yang dijadikan 'sarang' kegiatan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Polis Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, jam 8.00 malam.

Beliau berkata, anggota berjaya menahan 21 lelaki warga China berusia antara 23 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati semua suspek yang gagal menunjukkan pas kemasukan ke negara ini ditawarkan bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di pusat panggilan itu.

Katanya, modus operandi sindiket adalah memperdaya mangsa menerusi tawaran pelaburan dalam talian yang tidak wujud dengan menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 16 Jul 2026 8.09 AMUpdated 15 Aug 2026 6.41 PM