Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ayuh Adukan Salah Laku Dalam Media Sosial Menerusi Nombor Whatsapp Dan Emel Rasmi Skmm

Published: 18 Nov 2020 10.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cyberjaya, 18 November 2020 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan media sosial susulan 48 pertuduhan difailkan di mahkamah bagi tempoh antara Januari sehingga September 2020 lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ayuh-adukan-salah-laku-dalam-media-sosial-menerusi-nombor-whatsapp-dan-emel-rasmi-skmm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:46 MYT

Cyberjaya, 18 November 2020 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan media sosial susulan 48 pertuduhan difailkan di mahkamah bagi tempoh antara Januari sehingga September 2020 lalu.

Angka itu memperlihatkan peningkatan sebanyak 66 peratus dan lebih tinggi berbanding pada tahun 2019 setakat suku ketiga tahun 2020.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, daripada jumlah itu, 34 pertuduhan membabitkan kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menurutnya, perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 22 pertuduhan.

"Ini diikuti pula dengan kandungan jelik sebanyak sembilan pertuduhan serta kandungan palsu sebanyak tiga pertuduhan.

"Orang awam boleh membantu pihak berkuasa dalam hal ini dengan membuat aduan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ataupun kepada SKMM melalui e-mel aduan iaitu aduanskmm@mcmc.gov.my, WhatsApp di talian 016-220 6262 ataupun Portal Aduan SKMM pada pautan https://aduan.skmm.gov.my/," katanya.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text that says 'Kesalahan di Facebook dan Twitter tertinggi Suruhanjaya Komunikasi Kanak Timbalan bertujuan media lilakukan Ko
ArticlePublished 18 Nov 2020 10.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM