Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Awas Sindiket Tali Barut Pati Pdrm

Published: 05 Apr 2022 1.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 5 April 2022 - Sindiket dan tali barut yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) diberi amaran keras untuk segera menghentikan sebarang cubaan menyeludup masuk migran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-awas-sindiket-tali-barut-pati-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT
Shah Alam, 5 April 2022 - Sindiket dan tali barut yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) diberi amaran keras untuk segera menghentikan sebarang cubaan menyeludup masuk migran.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket penyeludupan PATI akan menggunakan pelbagai helah untuk menceroboh masuk ke Malaysia ketika negara memasuki peralihan fasa endemik pada 1 April.

Jelas DCP Muhammad, pihaknya menjangkakan akan berlaku kekerapan pencerobohan masuk oleh sindiket yang membawa PATI dalam tempoh itu ekoran pembukaan semua sektor pekerjaan di Malaysia dan faktor ekonomi yang teruk di negara asal PATI.

"PATI akan cuba masuk ke Malaysia dan perkara ini menjadi faktor tekong atau ejen sindiket mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menyeludup masuk PATI melalui laluan tidak sah.

"Polis tidak tolak kemungkinan ada PATI sanggup membayar RM1,300 ke RM1,500 seorang untuk masuk ke Malaysia," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 6 people, people standing, people sitting, outdoors and text
ArticlePublished 05 Apr 2022 1.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM