Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Awas Penggoda Seks Cari Remaja Di Wechat

Diterbitkan: 28 Jul 2020 2.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2020 - Awas remaja, anda mungkin dalam senarai dijerat sindiket penggoda seks siber.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-awas-penggoda-seks-cari-remaja-di-wechat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT

Kuala Lumpur, 28 Julai 2020 - Awas remaja, anda mungkin dalam senarai dijerat sindiket penggoda seks siber.

Modus operandi penjenayah ini mencari mangsa dalam kalangan remaja perempuan yang aktif di media sosial.

Bermula dengan ayat-ayat memuji kecantikan, suspek akhirnya mendorong remaja berkongsi gambar tubuh badan mereka.

Selepas menerima gambar pelbagai aksi mangsa, suspek menggunakan gambar tersebut memaksa remaja berkenaan melakukan aksi seks.

Mangsa yang terjerumus dengan penggoda seks siber terpaksa mengikut arahan suspek kerana panik dan takut rahsia mereka terbongkar kepada keluarga.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, perbuatan merangsang remaja menjadi mangsa seksual semakin membimbangkan.

Menurut beliau, remaja bawah 15 tahun berisiko menjadi mangsa jenayah itu kerana keupayaan minda mereka belum sepenuhnya mampu membezakan perkara baik atau buruk.

"Penjenayah gemar mencari mangsa menerusi aplikasi WeChat, Facebook, Beetalk atau seumpamanya bagi memburu mangsa.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: 1 person, text that says 'Suspek puji mangsa, minta gambar sebelum ugut lakukan aktiviti seksual Awas penggoda seks cari remaja di WeCha

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2020 2.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM