Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Aset Haram Bernilai Rm3 9 Billion Dibeku Pdrm Sejak 2019

Published: 17 Aug 2023 7.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kesemua sitaan dan pembekuan aset-aset berkenaan merupakan 739 kes membabitkan pengubahan wang haram yang disiasat PDRM seperti penipuan, jenayah, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-aset-haram-bernilai-rm3-9-billion-dibeku-pdrm-sejak-2019
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 - Kira-kira RM3.95 billion pelbagai aset seperti akaun bank, kenderaan dan hartanah dipercayai diperoleh hasil aktiviti haram dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 sehingga Jun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 billion aset-aset berkenaan dibekukan manakala RM2.44 bilion lagi disita.

Kesemua sitaan dan pembekuan aset-aset berkenaan merupakan 739 kes membabitkan pengubahan wang haram yang disiasat PDRM seperti penipuan, jenayah, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad.

Dalam tempoh sama juga, sebanyak 70 individu terdiri 50 lelaki dan 20 wanita telah ditahan dan diambil tindakan di bawah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram dengan 49 kes berjaya dituduh.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sepanjang tempoh sama juga, sebanyak RM318,956,403 nilai saham orang disiasat turut disita dan dibekukan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 17 Aug 2023 7.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM