
Article
Keratan Akhbar Pilihan Aseanapol Perkukuh Kolaborasi Gabung 10 Negara Perangi Jenayah
Kuala lumpur, 23 Oktober 2021 – Sejak kebelakangan ini, jenayah transnasional seperti keganasan, pengubahan wang haram, jenayah siber, penyeludupan manusia, da...
Kuala lumpur, 23 Oktober 2021 – Sejak kebelakangan ini, jenayah transnasional seperti keganasan, pengubahan wang haram, jenayah siber, penyeludupan manusia, dadah dan hidupan liar semakin mendapat perhatian masyarakat dunia.
Disebabkan jenayah transnasional adalah fenomena global serta melibatkan banyak negara, maka usaha mengatasinya perlu dibuat secara komprehensif dengan membabitkan kerjasama banyak negara.
Pengarah Eksekutif Sekretariat Polis Asean (ASEANAPOL), Deputi Asisten Komisioner Jim Wee (dari "Singapore Police Force") berkata, rangkaian kerjasama, peningkatan pertukaran maklumat dan pengukuhan keupayaan agensi penguat kuasa antara mekanisme yang boleh digunakan bagi mengekang ancaman jenayah transnasional.
“ASEANAPOL terbentuk hasil daripada kesedaran mengenai pentingnya kerjasama erat dijalin antara semua Ketua Polis ASEAN dalam menjamin dan mengekalkan keamanan serantau,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Sekretariat ASEANAPOL, Jalan Rakyat di sini baru-baru ini.
Difahamkan, ASEANAPOL kini dianggotai oleh 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
“Ia selari dengan moto dan visi ASEANAPOL iaitu kita bersama menjaga keamanan rantau ini,” jelas beliau.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.