Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Arah Henti Aktiviti Perkhemahan Mdn

Published: 19 Dec 2022 4.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Semua pengusaha pelancongan membabitkan aktiviti perkhemahan di sekitar daerah ini diarahkan tidak lagi menerima pengunjung sehingga diberitahu kelak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-arah-henti-aktiviti-perkhemahan-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT
Hulu Selangor, 17 Disember 2022 - Semua pengusaha pelancongan membabitkan aktiviti perkhemahan di sekitar daerah ini diarahkan tidak lagi menerima pengunjung sehingga diberitahu kelak.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, arahan segera itu perlu dilaksanakan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku di lokasi lain.

"Kita minta pengusaha kem perkhemahan sekitar sini tidak lagi menerima pengunjung buat sementara waktu," katanya pada sidang akhbar.

Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pada musim cuti persekolahan ini trend percutian dengan melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan meningkat dan popular dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Baru-baru ini, saya ada berjumpa dengan penjual peralatan perkhemahan yang memberitahu pembelian dalam kalangan rakyat Malaysia selepas peralihan pandemik meningkat sehingga 40 peratus.

"Ini satu lonjakan luar biasa berbanding negara lain terhadap aktiviti luar," jelas beliau.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of text


ArticlePublished 19 Dec 2022 4.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM