Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Wanita Ditumbuk Terima Rawatan Pesakit Luar

Diterbitkan: 17 Jul 2021 5.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 17 Julai 2021 - Anggota polis wanita yang cedera ditumbuk di muka oleh seorang lelaki disyaki terbabit melakukan dua kes khianat di sini semalam, tidak mengalami kecederaan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-polis-wanita-ditumbuk-terima-rawatan-pesakit-luar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:28 MYT

Alor Setar, 17 Julai 2021 - Anggota polis wanita yang cedera ditumbuk di muka oleh seorang lelaki disyaki terbabit melakukan dua kes khianat di sini semalam, tidak mengalami kecederaan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Mangsa berusia 30 tahun itu dipercayai ditumbuk lelaki berusia 30-an secara tiba-tiba di hadapan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 5 petang semalam.

Ketika itu, anggota polis terbabit sedang berjalan untuk menghantar makanan kepada rakannya yang bertugas di pos pengawal itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Tuan Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan anggotanya hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text
\
ArtikelDiterbitkan 17 Jul 2021 5.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM