Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Pangkat Koperal Cedera Selepas Suspek Warga Nigeria Bergari Bertindak Agresif

Published: 27 Apr 2025 2.10 AM Updated: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Seorang anggota polis putus sebahagian telinga kiri akibat digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-polis-pangkat-koperal-cedera-selepas-suspek-warga-nigeria-bergari-bertindak-agresif
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:12 MYT

Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Seorang anggota polis putus sebahagian telinga kiri akibat digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian jam 10.03 pagi itu, anggota polis berpangkat Koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas lelaki tersebut ditahan kerana membuat kacau di sebuah klinik di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif ketika hendak dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

“Ketika itu, tangannya sudah bergari di belakang. Secara tiba-tiba suspek bertindak menggigit telinga kiri anggota terbabit sehingga terputus sebahagian.

“Anggota itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'Kuala Lumpur corang anggota polis TELINGA PUTUS KENA GIGIT Anggota polis pangkat koperal cedera selepas suspek


ArticlePublished 27 Apr 2025 2.10 AMUpdated 15 Aug 2026 8.05 PM