Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Mpv Parah Dirempuh Kereta

Diterbitkan: 22 May 2023 1.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa yang juga anggota unit kereta peronda (MPV) Bukit Aman bersama rakan setugas sedang melakukan kawalan trafik di lokasi kejadian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-polis-mpv-parah-dirempuh-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:58 MYT
 

Kuantan, 22 Mei 2023 - Seorang anggota polis parah akibat dirempuh sebuah kereta yang terbabas selepas melanggar lopak air, di Kilometer 234.7 arah timur, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), dekat Gambang, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa yang juga anggota unit kereta peronda (MPV) Bukit Aman bersama rakan setugas sedang melakukan kawalan trafik di lokasi kejadian.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun mengalami kecederaan di kaki dan muka, manakala seorang lagi anggota berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa berada di luar kenderaan membuat kawalan kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan terbabas sendiri di lokasi kejadian.

“Ketika mereka membuat kawalan, tiba-tiba datang sebuah kenderaan dari arah sama, melanggar lopak air di lorong kanan lalu terbabas melanggar mangsa dan kenderaan polis," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 22 May 2023 1.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM