Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Harung Air Selepas Sistem Bacaan Paras Air Alami Gangguan

Diterbitkan: 11 Dec 2019 8.18 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tumpat, 11 Disember 2019 - “Setiap sejam kami meredah banjir untuk melihat bacaan di stesen bacaan paras air yang terletak 50 meter dari balai," kata Koperal Tuan Ahmad Amali Tuan Hin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-polis-harung-air-selepas-sistem-bacaan-paras-air-alami-gangguan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:28 MYT

Tumpat, 11 Disember 2019 - “Setiap sejam kami meredah banjir untuk melihat bacaan di stesen bacaan paras air yang terletak 50 meter dari balai," kata Koperal Tuan Ahmad Amali Tuan Hin.

Beliau yang juga pemangku Ketua Balai Polis Kuala Jambu berkata, pemeriksaan paras air secara manual terpaksa dibuat pada hari pertama banjir berikutan terdapat gangguan sistem untuk memantau paras air Sungai Golok yang meningkat.

Selain beliau, 10 lagi anggota bertugas bergilir-gilir mengharung air sehingga paras 0.7 meter yang mula memenuhi persekitaran balai untuk memeriksa paras air.

Tuan Ahmad berkata, sepanjang seminggu banjir melanda, dia dan beberapa anggota Ielaki berkampung di bilik mesyuarat dalam pekarangan balai kerana ruang balai dipenuhi air sehingga 0.5m.

Bacaan lanjut pada keratan akhbar yang dilampirkan.

Image may contain: one or more people, people standing and shoes

ArtikelDiterbitkan 11 Dec 2019 8.18 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM