Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pesanankhidmatmasyarakat Ibu Bapa Digesa Beri Suntikan Vaksin Elak Anak Dijangkiti Virus Polio

Diterbitkan: 12 Dec 2019 2.04 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita jangkitan virus polio yang pertama dikesan di Tuaran, Sabah, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pesanankhidmatmasyarakat-ibu-bapa-digesa-beri-suntikan-vaksin-elak-anak-dijangkiti-virus-polio
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:19 MYT

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita jangkitan virus polio yang pertama dikesan di Tuaran, Sabah, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

Mana-mana individu yang disahkan terkena jangkitan virus tersebut, boleh menyebabkannya mengalami kelumpuhan kekal. Virus berkenaan menyerang melalui sistem saraf manusia dan sekiranya berlaku kegagalan pernafasan, ia boleh membawa maut kepada pesakit.

Penyakit polio ini tidak boleh disembuhkan, namun ia boleh dicegah. Berikut adalah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia:

1. Ibu bapa digesa untuk membawa anak-anak ke klinik untuk mendapat vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar dari tandas dan selepas menukar lampin serta menjaga kebersihan persekitaran.

3. Menyediakan makanan secara bersih dan selamat termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.

4. Mendapatkan maklumat terkini berkaitan penyakit polio dari laman sesawang https://www.infosihat.gov.my.

Sumber infografik: BERNAMA

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2019 2.04 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM