Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ancaman Nyata Dadah Sintetik

Published: 10 Aug 2026 2.48 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Malaysia kini sedang berhadapan satu krisis kesihatan awam dan keselamatan sosial yang amat membimbangkan. Senario penyalahgunaan dadah di Malaysia mengalami evolusi radikal dan berbahaya. Jika dahulu kita bergelut dengan ancaman dadah tradisional, kini coraknya berubah drastik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ancaman-nyata-dadah-sintetik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:01 MYT
 
Malaysia kini sedang berhadapan satu krisis kesihatan awam dan keselamatan sosial yang amat membimbangkan. Senario penyalahgunaan dadah di Malaysia mengalami evolusi radikal dan berbahaya. Jika dahulu kita bergelut dengan ancaman dadah tradisional, kini coraknya berubah drastik.

Laporan terkini menunjukkan antara 70 peratus sehingga 83 peratus daripada keseluruhan kes penyalahgunaan dadah di Malaysia kini didominasi oleh dadah jenis sintetik.

Malah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (KP AADK), Dato' Roslin Jusoh mendedahkan bahawa sindiket pengedaran dadah kini kian licik dengan menggunakan cecair rokok elektronik atau vape sebagai medium terbaharu untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan menyebarkan racun ini ke dalam masyarakat.

Laporan media bertajuk ''Vape jadi medium baru dadah sintetik - KP AADK'' turut membuktikan isu ini adalah sebahagian daripada rentetan ancaman bersiri yang sedang melanda negara.

Bukan itu saja, Polis Diraja Malaysia sendiri merekodkan 402 kes yang melibatkan penemuan cecair vape mengandungi pelbagai campuran dadah sintetik setakat April 2026. Antara bahan terlarang dicampurkan ke dalam peranti ini termasuk ''magic mushroom'', Ketamin, Fentanil, minyak Ganja, Ekstasi, Methamphetamine, dan Nimetazepam.

Ikuti temubual bersama Pensyarah Fakulti Farmasi, Management and Science University, Profesor Madya Dr. Azyyati Mohd Suhaimi mengenai ancaman nyata dadah sintetik seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an illustration of ‎text that says '‎VAPE & GENERASI MUDA Ancaman nyata dadah sintetik menyerapkan hahan terlrang dipertingkatkan seiringden


ArticlePublished 10 Aug 2026 2.48 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM