Artikel
Posting Pilihan Timbalan Mdn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Sipitang
Sipitang, 10 Ogos 2026 – Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis D...
Sipitang, 10 Ogos 2026 – Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, di sini, semalam.
Lawatan kerja tersebut bertujuan memastikan aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan kebajikan warga IPD terus diberi perhatian dalam memastikan keamanan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar turut diberikan taklimat oleh Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda mengenai pengenalan dan sejarah penubuhan, perjawatan, statistik keseluruhan kes, situasi keselamatan daerah, selain isu serta permasalahan yang dihadapi IPD tersebut.
Beliau turut berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan khas dan ramah mesra, di samping sesi dialog bersama warga kerja IPD berkenaan.