Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ancaman Jenayah Moden Perlu Pendekatan Bersepadu

Published: 14 May 2026 2.39 AM Updated: 15 Aug 2026 7.55 PM
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, mengakui cabaran keselamatan moden hari ini semakin hebat, lantas memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ancaman-jenayah-moden-perlu-pendekatan-bersepadu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT
Kuala Lumpur, 14 Mei 2026 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, mengakui cabaran keselamatan moden hari ini semakin hebat, lantas memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

Beliau berkata, cabaran keselamatan moden dihadapi turut membabitkan jenayah rentas sempadan, sindiket narkotik dan isu kelestarian alam sekitar.

Memberi contoh ancaman jenayah siber dan penipuan dalam talian, beliau berkata, ia kini semakin membimbangkan dengan sepanjang tahun lalu saja nilai kerugian direkodkan akibat kes itu mencecah RM2.7 bilion.

"Perkembangan itu menunjukkan ancaman jenayah siber dan penipuan dalam talian semakin membimbangkan serta memerlukan pendekatan keselamatan lebih menyeluruh dan bersepadu.

"Kejayaan Ops Hazard 3.0 pula membongkar lebih 110 lokasi 'e-waste' haram, membuktikan betapa kompleksnya cabaran yang perlu kita tangani secara bersama," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Polis Diraja Malaysia Special Dialogue V 2026 di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 14 May 2026 2.39 AMUpdated 15 Aug 2026 7.55 PM