Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Anak Tidak Kenal Bapa Pengorbanan Terbalas Jadi Pelatih Akademik Terbaik Plak

Published: 28 Nov 2022 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Segamat, 28 November 2022 - "Hari ini saya berjumpa dengan dua anak dan ingin memeluk dan mencium mereka tetapi mereka memandang saya dengan pandangan janggal."
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anak-tidak-kenal-bapa-pengorbanan-terbalas-jadi-pelatih-akademik-terbaik-plak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Segamat, 28 November 2022 - "Hari ini saya berjumpa dengan dua anak dan ingin memeluk dan mencium mereka tetapi mereka memandang saya dengan pandangan janggal."

Demikian pengorbanan dibuat Konstabel Syuhaimi Shuib, 24, apabila dia sanggup meninggalkan isteri serta dua anaknya bagi mengikuti Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Siri 2/2022 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Batu Anam, di sini.

Bagaimanapun, pengorbanan itu 'berbayar' apabila dia dinobatkan sebagai Pelatih Akademik Terbaik selepas enam bulan menjalani latihan. Konstabel Syuhaimi yang berasal dari Langkawi, Kedah, mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, dengan isterinya, Nurul Rosli, 25, sebelum ditawarkan menyertai program berkenaan Mei lalu.
"Anak-anak pandang saya dengan janggal seperti tidak kenal kerana susuk fizikal saya sedikit berbeza.

"Mereka tidak bertemu saya selama enam bulan kerana saya berada di PLAK dengan berambut pendek, kelihatan sedikit kurus selain berkulit sawo matang kerana latihan di bawah terik matahari," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tamat PLAK di sini.

Mailis disempurnakan Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass dengan 395 pelatih berjaya menamatkan latihan selama enam bulan bermula 29 Mei lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, people standing and text
ArticlePublished 28 Nov 2022 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM