Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anak Nelayan Dianugerah Pelatih Terbaik Kor Suksis

Diterbitkan: 28 Dec 2022 1.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anak-nelayan-dianugerah-pelatih-terbaik-kor-suksis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:22 MYT
Kajang, 28 Disember 2022 - Seorang anak nelayan dan pembantu kedai runcit dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Skuad 15/2019-2022 Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

KS Muhammad Azhar Mohamad Roslee, 22, juga cemerlang dalam akademik selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian Kelas Pertama dua bulan lalu.

Menurutnya, cabaran terbesar sepanjang tiga tahun menyertai Kor SUKSIS adalah perlu membahagikan masa antara tanggungjawab hakiki sebagai siswa untuk pelajaran akademik dan program dalam Kor SUKSIS berkenaan.

“Selama tiga tahun saya di Kor SUKSIS UKM, banyak pihak membantu dan mendidik saya terutama sekali pegawai kehormat, pegawai kanan dan jurulatih.

“Sedikit sebanyak dapat membantu saya mendisiplinkan diri saya dalam menguruskan masa dan terutama sekali saya dapat mempelajari satu ilmu baru iaitu kepolisan untuk berkongsi dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Inspektor Kor SUKSIS UKM, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 28 Dec 2022 1.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM