Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Amaran Kpn Kepada Penjenayah Online

Published: 04 Sep 2020 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Sindiket penipuan online dikesan menggunakan warga emas dan penagih dadah untuk membuka akaun bank dengan upah serendah RM200.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-amaran-kpn-kepada-penjenayah-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:10 MYT

Kuala Lumpur, 4 September 2020 - Sindiket penipuan online dikesan menggunakan warga emas dan penagih dadah untuk membuka akaun bank dengan upah serendah RM200.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, akaun bank itu digunakan oleh sindiket untuk menipu rakyat negara ini sehingga mereka mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit pada satu-satu masa.

"Mangsa yang tertipu akan memasukkan wang ke dalam akaun bank milik keldai akaun (warga emas dan penagih dadah) yang dipegang oleh sindiket.

"Setiap keldai akaun diberi upah sebanyak RM200 untuk membuka akaun bank.

"Ada kes keldai akaun ini terdiri daripada empat sekeluarga dan dibayar RM800 oleh sindiket penipuan online," katanya di pejabat Kosmo,' di sini, semalam.

Menurut Tan Sri Abdul Hamid, kes penipuan online dilihat semakin berleluasa sehingga ada mangsa di negara ini yang kerugian jutaan ringgit pada satu-satu masa.

Justeru itu, beliau memberi amaran kepada sindiket penipuan yang masih aktif memperdaya mangsa supaya menghentikan kegiatan jenayah tersebut atau berdepan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Jelasnya, pasukan khas telah ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang mempunyai kepakaran khusus bagi memerangi dan menjejaki mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Kosmo seperti berikut

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 4 people, people standing

ArticlePublished 04 Sep 2020 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM