Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Amanita Ipd Lipis Bantu Anak Bekas Home Guard

Published: 08 Jan 2022 8.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor kepada tiga orang anak Encik Kamarudin iaitu Siti Nor Restu,17, Siti Hajar, 15 dan Siti Hawa, 14 yang kini sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Lipis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-amanita-ipd-lipis-bantu-anak-bekas-home-guard
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:31 MYT
Lipis, 8 Januari 2022 – Aman Wanita (AMANITA) atau “Peace Lady” Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah menyumbangkan set pakaian seragam dan beg sekolah kepada tiga orang anak bekas “home guard” era Darurat 1948, Encik Kamarudin Li, 82, dari Kampung Tanjung Buluh dalam satu majlis di IPD Lipis, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor kepada tiga orang anak Encik Kamarudin iaitu Siti Nor Restu,17, Siti Hajar, 15 dan Siti Hawa, 14 yang kini sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Lipis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Idros Ismail dan Ketua AMANITA, Inspektor Dhiya Abu Hassin.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 08 Jan 2022 8.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM