Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Al Fatihah Konstabel Polis Maut Bakal Nikah 10 Hari Lagi

Published: 07 Jan 2021 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Konstabel Taxlamsyah Nurul Hayat Piee, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan beberapa anggota badan lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-al-fatihah-konstabel-polis-maut-bakal-nikah-10-hari-lagi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT
Yan, 7 Januari 2021 – Seorang anggota polis yang dijadualkan bernikah pada 17 Januari ini maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ruat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Konstabel Taxlamsyah Nurul Hayat Piee, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan beberapa anggota badan lain.

Difahamkan, kemalangan berlaku semasa anggota polis yang masih bujang itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya bagi menyelesaikan urusan pentadbiran sebelum mula bercuti hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa yang baru tiga tahun bertugas sebelum itu telah pulang ke rumah sewanya di Singkir di sini selepas habis kerja syif pada pukul 8 pagi tadi.

“Mangsa dikatakan telah menghubungi rakan setugasnya untuk datang semula Ibu Pejabat Polis Daerah Yan bagi menyelesaikan beberapa urusan pejabat sebelum mula bercuti,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota itu bagaimanapun terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan apabila kereta jenis Nissan Sunny dipandunya bertembung dengan lori satu tan.

Sumber: 
Keratan Akhbar Pilihan Al Fatihah Konstabel Polis Maut Bakal Nikah 10 Hari Lagi
ArticlePublished 07 Jan 2021 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM