Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Aktiviti Pemerdagangan Manusia Di Sik Terbongkar

Diterbitkan: 14 Jul 2023 3.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.22 PM
Alor Setar, 14 Julai 2023 - Polis membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian sumber nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-aktiviti-pemerdagangan-manusia-di-sik-terbongkar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:32 MYT
Alor Setar, 14 Julai 2023 - Polis membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian sumber nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.
Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, berkata mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Myanmar dan lima warga tempatan berusia antara 22 tahun hingga 60 tahun.
Beliau berkata, empat suspek tempatan, termasuk seorang wanita itu ditahan pada 21 Jun lalu, manakala seorang lagi ditahan pada 25 Jun lalu dan susulan itu empat lagi lelaki warga Myanmar ditahan serta rampasan pelbagai peralatan disyaki digunakan melombong REE secara manual.
“Turut dirampas, sejumlah empat guni setengah berisi bahan mineral yang diikat dan disyaki REE seberat 99 kilogram.
“Kejayaan tangkapan ini berikutan laporan yang dibuat seorang pengurus sebuah syarikat sendirian berhad yang dilantik untuk mengusahakan ladang hutan Kompartmen 12 Hutan Simpan di Bukit Enggang, Sik yang dibuat pada 31 Mei lalu.
“Laporan itu dibuat berikutan berlaku kecurian ke atas peralatan dan kelengkapan milik syarikat serta perbuatan khianat ke atas tanaman yang diusahakan di kawasan itu,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2023 3.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.22 PM