Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Akta 711 Lindungi Pemberi Maklumat

Published: 03 Dec 2020 7.35 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) berkuat kuasa 15 Disember 2010.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-akta-711-lindungi-pemberi-maklumat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:49 MYT
Kuala Lumpur, 3 Disember 2020 - Pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) berkuat kuasa 15 Disember 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, menerusi akta tersebut, pemberi maklumat diberi perlindungan berkaitan maklumat sulit, identiti, alamat, pekerjaan dan berkaitan.

"Objektif penggubalan Akta 711 bagi memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam dan swasta dengan menggalakkan serta memudahkan orang awam untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan kelakuan tidak wajar.

"Akta 711 juga memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan memudaratkan," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

ArticlePublished 03 Dec 2020 7.35 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM