Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Aisee 25 Penganjuran Aisse 25 Usaha Dinamik Kdn Tingkat Keselamatan Bertaraf Global

Published: 23 Jan 2025 5.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25) bermula Isnin lalu hingga semalam, memperlihatkan usaha strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik perhatian global terhadap keupayaan Malaysia dalam sektor keselamatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-aisee-25-penganjuran-aisse-25-usaha-dinamik-kdn-tingkat-keselamatan-bertaraf-global
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT

Kuala Lumpur, 23 Januari 2025 - Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25) bermula Isnin lalu hingga semalam, memperlihatkan usaha strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik perhatian global terhadap keupayaan Malaysia dalam sektor keselamatan.

AISSE'25 diadakan di Putrajaya International Convention Centre, di Putrajaya, selama tiga hari itu dilihat menjadi pemangkin meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.

Lebili 300 syarikat dari 48 negara, termasuk teknologi pengawasan, peralatan ketenteraan dan keselamatan siber menyertai acara ini sekali gus mencerminkan visi KDN memupuk kerjasama antarabangsa serta memperkenalkan penyelesaian keselamatan inovatif.

AISSE'25 yang menjadi pusat pertemuan pemimpin industri dan penggubal dasar dalam sektor keselamatan berjaya menarik penyertaan 212 syarikat luar negara dan 109 syarikat tempatan.

Acara ini berjaya menarik lebih 5,000 pelawat perdagangan dan 1,000 pelawat seminar dari pelbagai sektor keselamatan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 9 people and text

ArticlePublished 23 Jan 2025 5.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM