Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Agong Zahir Rasa Sedih Takziah Kematian Dua Anggota

Published: 18 May 2024 6.45 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Petaling Jaya, 18 Mei 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-agong-zahir-rasa-sedih-takziah-kematian-dua-anggota
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Petaling Jaya, 18 Mei 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut ditembak dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam.

Menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi, Baginda menzahirkan rasa sedih terhadap pemergian Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

“Al-Fatihah buat dua wira negara yang terkorban dalam tragedi ini. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

Semalam, dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak seorang suspek yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini.

Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian berdarah tersebut.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

 
ArticlePublished 18 May 2024 6.45 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM