Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Adik Fathurrahman Budak Derita Kanser Saraf Tahap Empat Minat Kerjaya Polis

Published: 26 Jan 2022 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiu, 26 Januari 2022 - Diuji menghidap kanser saraf pada usia seawal empat tahun tidak menjadi halangan kepada Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri untuk terus bersemangat dalam melawan penyakitnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-adik-fathurrahman-budak-derita-kanser-saraf-tahap-empat-minat-kerjaya-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:22 MYT
Setiu, 26 Januari 2022 - Diuji menghidap kanser saraf pada usia seawal empat tahun tidak menjadi halangan kepada Ahmad Shafir Fathurrahman Mohd Sobri untuk terus bersemangat dalam melawan penyakitnya.

Penjaganya yang juga nenek saudara, Rozila Aswani Ismail, 39, berkata, sepanjang enam kali menjalani sesi kemoterapi, Fathurrahman sentiasa bersedia dari segi mental serta fizikal untuk menerima kesan sampingan daripada rawatan.

Puan Rozila berkata, Fathurrahman turut bercita-cita menjadi anggota polis kerana terlalu meminati kerjaya pasukan beruniform.

"Dia gembira apabila dihadiahkan sepasang uniform polis oleh seorang kenalan akhir tahun lalu dan sering memakai pakaian itu ketika menerima rawatan di hospital sebagai penguat semangat melawan penyakit kanser," katanya.

Sebelum ini, Fathurrahman turut menerima jemputan daripada Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin untuk melakukan lawatan sehari ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dan Jabatan Pengangkutan Jalan, Air Sejuk, Setiu, baru-baru ini sempena hari lahirnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, people standing and text

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and text that says 'Shafir mahnya Fathurrahman kuat lawan penyakit Budak derita kanser saraf t
ArticlePublished 26 Jan 2022 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM