
Article
Keratan Akhbar Pilihan Ada Penguat Kuasa Jadi Tali Barut Kpn
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan mana-mana individu termasuk pihak berkuasa untuk tidak terlibat ber...
Kuala Lumpur, 7 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan mana-mana individu termasuk pihak berkuasa untuk tidak terlibat bersekongkol dengan jenayah penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Menurutnya, ia termasuk mereka yang berperanan sebagai transporter atau ejen.
“Tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Polis Diraja Malaysia sama sekali tidak berkompromi dengan jenayah yang menggugat keselamatan negara,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, berdasarkan kes-kes lalu, pihaknya mengesan penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan PATI dalam menyalurkan maklumat termasuk operasi yang dijalankan pihak berkuasa negara ini, sekali gus menjadi dalang kebocoran maklumat dalaman.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.